Pages

Sunday, December 4, 2011

Kemas rumah...jeng jeng...jumpa projek studio di matrik

wah~panjang pula tajuk kali ni ^^
Tengah mengemas rumah di Temerloh yang sudah lama ditinggalkan...dah mcm ....hemmm~
Tapi hanya projek sem2 saja yang ada....yang sem 1 entah dah buang bila,model pun tak dpt dselamatkan (oh model~ tangan yang dipenuhi dengan gam UHU dan baunya).
Gambar hardcopy ada tapi scanner pula tak ada.
Jadi yang diupload gambarnya ni adalah dr handphone saja.
Projek Kiosk - entah kenapa tak buat labelling? tak sempat atau malas?




Yang ini pula kerja berkumpulan,saiznya mmg besar.Mesti menggunakan sistem tanggam...no paku dan gam ye...siap kena ada kerusi untuk duduk...pass duduk Fuhh~lepas. Rekaan ni sesuai letak di taman...atas gaya pergola,tepi boleh letak pasu bunga (yang ringan sahaja)
Projek landskap pertama. Bazaar di hadapan pejabat matrik.

Ini pula projek landskap di hadapan klinik matrik.Baru perasan seharusnya buat labelling >,<