Pages

Tuesday, October 23, 2012

OKtober Update

100 Riben untuk bunga pahar dah siap!


Sekarang hanya perlu gam d case telur,buat tangkal dan oh~ kad TQ kena cari warna yg sesuai.

....dan dah besar 2 ekor ni (Ompok&Oyen)...dah main kejar2 dalam rumah & memanjat. tak lama lagi main d tangga pula dan melompat2 atas kerusi meja ; p

Aksi Gangnam Style si Ompok
SWEETnya!!!

Wednesday, October 10, 2012

Berita setengah tahun.UPDATE terkini

Tahun ini Alhamdullillah Mak & Abah dapat menunaikan haji. Jadi, pada 4 Okt lalu telah bergerak ke Kuala Lumpur (Sg.Besi) rumah Ayah Long dulu sblm ke tempat jemaah haji berkumpul...di PJ (alamak,lupa pula nama tmpt tu)
Baru sampai,rehat dan buat apa2 yg patut
Bersama Pak Busu & Ayah Cu
Bersama adik bongsu
Saya!

Oyen & Ompok baru belajar memanjat
bersama kak long, Spotek^^
Selain itu, dalam rumah bertambah keluarga kucing baru....mula2nya 5 ekor tapi yg tinggal 2 ekor je sekrg...yg lain tak thn lama. Jadi tinggallah Oyen & Ompok~

Tuesday, October 9, 2012

Kembali setelah lama menghilang

Lamanya tak menulis di blog ni....sibuk? ummmmmmm....sebelum bulan 6 sibuk buat bunga telur untuk majlis perkahwinan adik. Lepas tu berjinak-jinak buat brooch dari felt....ok juga dapat rezeki sikit dari hasil jualan. Baru-baru ni dpt tempahan buat bunga pahar dari Mak Long untuk menyambut menantu bulan 12 ni.
Contoh D.I.Y dari tali kertas
contoh dari felt
Sekarang tgh menyusun blog baru untuk benda alah ni....byk juga kerja nak buat.

Thursday, May 17, 2012

HAri KeluaRga AkiL

Diadakan pada 7/4 di Gambang Resort. Hari Keluarga keturunan AKIL (moyang).Ramai sanak saudara yg datang jadi sesi kenal-kenalan jugalah sambil jalan-jalan di sini.
Ada kolam mandi di resort ni tapi sbb malas nak menukar baju....ambil angin sajalah.
Malam pula makan malam dan perjumpaan sesama sepupu saja,anak tak terlibat jadi kami tidur dululah. Esoknya adalah aktiviti keluarga....ikutlah kalau nak ke Gambang waterpark di sebelah.

Cuti-cuti ke Taman Negara

Pada 5/5 lepas saya,adik dan emak bergerak ke Taman Negara sempena Hari Keluarga SMK Seri Lipis.
Bertolak dari Kuala Lipis melalui Jalan kampung Kerambit-Jerantut....fuhhh~jalannya yg mencabar jiwa. Pastikan anda tahan muntah dan pening kepala.

Sampai pun dah tengahari. Terus check in dan makan. Ptg selepas solat berkumpul dan bergerak ke Jeti Taman Negara yg tidak jauh dari chalet....dalam 5 minit saja kot. Terus ke aktiviti Rapid Shooting-Canopy walking & Visiting Aborigine Village. Malam pula aktiviti keluarga bersama ahli keluarga lain dan makan malam. Gambar mlm tiada sbb bateri habis : p


Rapid Shooting
*Sediakan diri utk basah.Pastikan brg elektronik kalis air sbb balik kalau nasib tak baik 
basah kuyup di buatnya*

Canopy Walking
 *Harap boleh pergi lagi.Kali ini lebih b'sedia pakai kasut sukan...hehe...dan waktu sungai yg sesuai. Byk lagi aktiviti adventure lain yg boleh dbuat.

Tuesday, May 15, 2012

BUNGA TELUR

Persediaan buat Bunga Telur (Ini bukan cara2 membuat cuma nak SHARE je)
Sediakan riben2 yang d'perlukan mengikut kehendak dan minat atau jimat kos : p

Sediakan riben yang dipotong panjang & pendek. Dawai halus utk mengikat.
Dawai yang sudah dilentur bulat (kena lenturkan sendiri.saya guna tin teh^^)
Model kami Legam....hehe~ mengacau dan tidur d'kws bekerja sbg penghibur ^o^

 Rupa bunga telur yang siap d'cantum.

Bekas bunga telur utk VIP/tetamu khas. Tapi selalu tercabut...gam tak kuat,
mgkn sbb kaca jadi susah skt nak melekat.

Sunday, May 13, 2012

2012

Ku tengok2....dah lama tak update blog ni : p
2012 langsung tiada post terbaru....iye~I mmg malas nak ngantor post terbaru.
Oh ye!....mgkn sbb adik nak kahwin?
Sekarang busy utk prepare brg2 dia lah....mcm ala2 wedding advisor^^
nnt post kan gmbr2 hasil tangan Bunga Telur....nntikan YE~